Friday, November 30, 2007

UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOOP SEPAKTAKRAW

1. GELANGGANG

1.1 Permukaan lantai gelanggang hendaklah rata, bulatan luar hendaklah dilukis dengan ukuran diameter 4.0m dan lebar garisan bulatan ialah 4.0cm.

1.2 Kawasan gelanggang hendaklah bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

1.3 Di atas ditengah-tengah bulatan, hendaklah dipasang gegantung “hoop” rasmi yang panjang talinya minima 50cm dari puli ’pulley.

2. HOOP RASMI

2.1 Hoop rasmi hendaklah mempunyai 3 rim yang sama besar berukuran diameter 50cm yang bersatu antara satu sama lain yang membentuk segitiga. Hoop diperbuat daripada metal yang kukuh, di saluti dengan bahan yang lembut dengan primeter tidak melebihi 10cm. Jaring hendaklah dipasang pada ketiga-tiga hoop rim tersebut. Jarak hoop rasmi yang terdedah dari permukaan lantai gelanggang ialah 4.75m untuk pemain lelaki dan 4.50m untuk pemain wanita.

3. BOLA TAKRAW

3.1 Bola takraw hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari satu lapis fiber sintetik.


3.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

3.2.1 Mempunyai 12 lubang.

3.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

3.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41m hingga 0.43m untuk pemain lelaki dan 0.42m hingga 0.44m untuk pemain wanita.

3.2.4 Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm untuk pemain lelaki dan 150gm hingga 160gm untuk pemain wanita.

3.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

3.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana - mana kejohanan antarabangsa.

3.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

4. PEMAIN-PEMAIN

4.1 Setiap pasukan mempunyai 5 pemain dan 1 pemain simpanan. Senarai nama sekurang-kurangnya 5 pemain hendaklah dihantar kepada Pengadil Rasmi 30 minit lebih awal dari jadual pertandingan.

4.2 Hanya satu pertukaran sahaja boleh dilakukan sekira berlaku kecederaan terhadap pemain atau dengan pertukaran teknikal. Sistem kiraan mata tidak berubah semasa pertukaran dilakukan.


5. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

5.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan kepada pemain adalah dilarang sama sekali.

5.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan

5.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

5.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan kedalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.

5.5 Semua Jersi / T-shirt hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Cuma nombor 01 hingga 15 boleh digunakan dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran 10cm di bahagian depan ( Bahagian tengah dada ).

5.6 Ketua regu hendaklah memakai ‘Arm Band’ di lengan kiri.

5.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai specifikasi yang dinyatakan didalam Undang – Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Teknikal ISTAF terlebih.

6. WARM UP

Cuma 6 orang pemain sahaja dibenarkan berada di dalam gelanggang untuk 2 minit warm up dengan menggunakan bola pertandinggan.

7. CARA BERMAIN

7.1 Kawasan pertandingan adalah sekitar ’A/Bords.

7.2 Hoop akan dinaik dan diturunkan oleh Pegawai pasukan bertanding.

7.3 Pemain hendaklah berdiri dan jarak di antara satu sama lain di sekeliling bulatan. Sesama mereka boleh menukar posisi semasa dalam permainan.

7.4 Setiap pasukan hanya boleh bermain dalam tempoh 30 minit sahaja.

7.5 Setelah Pengadil Rasmi meniup wisel, menandakan permainan bermula. Pemain hendaklah mencampakan bola kepada pemain yang bertentangan dan pemain tersebut hendaklah menghantar kepada pemain yang lain, barulah pemain tersebut boleh memasukkan bola kedalam hoop dengan pelbagai cara / sepakan sebagaimana terdapat dalam Undang - Undang Permainan 9.2.

7.6 Setelah campakan dilakukan, pemain mestilah berada di luar bulatan kecil dan apabila dalam permainan boleh bergerak bebas didalamnya.

7.7 Bola jatuh dilantai gelanggang atau bola berjaya masuk kedalam hoop rasmi permainan terhenti seketika.

7.8 Pemain yang menyebabkan bola gagal diambil, keluar gelanggang, jatuh ke gelanggang maka pemain yang sama hendaklah mencampak bola kepada pemain yang bertentangan dengannya untuk meneruskan permainan.

7.9 Bola rasmi boleh di tukar, apabila permainan dihentikan atau permainan tergendala disebabkan halangan.

7.10 Dalam permainan pemain di larang memegang bola dengan tangan kecuali pemain yang mencampak bola untuk memulakan permainan.

7.11 Bola boleh dicampak semula untuk meneruskan permainan setelah hoop rasmi berada di tahap ketinggian sebenar.

7.12 Apabila bola yang dimainkan telah terkeluar jauh dari gelanggang permainan, mana-mana pemain boleh meminta bola baru dari meja Pengadil.

7.13 Bola tidak didalam permainan dan campakan semula perlu dilakukan apabila:-

7.13.1 Bola jatuh dilantai gelanggang.

7.13.2 Bola tersangkut atau masuk kedalam hoop rasmi.

7.13.3 Bola terkena mana-mana objek.


8. PERKARA-PERKARA BATAL

8.1 Bola menyentuh tangan.

8.2 Mana-mana pemain memainkankan bola lebih dari tiga sentuhan.

8.3 Pemain dengan sengaja menangkap bola semasa permainan.

9. KIRAAN MATA

9.1 Jumlah mata yang sama akan diberi sebanyak 10 mata pada setiap kali bola dimasukan kedalam hoop rasmi dengan pelbagai cara / sepakan mengikut tahap [degree] kepayahan yang boleh diterima kecuali:-

9.1.1 Menggunakan aksi [style] yang sama melebihi 3 kali.

9.1.2 Menggunakan aksi [style] yang tidak ada didalam Undang- Undang permainan seperti di 9.2.

9.1.3 Hantaran pertama selepas campakan dilakukan.

9.1.4 Bola yang melantun semula dari hoop rasmi.

9.1.5 Menyepak masuk bola setelah tamat masa permainan.

9.2 Aksi [style] bagi mempertingkat tahap [degree] kepayahan:-

9.2.1 Dengan kepala [head]

9.2.2 Sepak sila [inside kick]

9.2.3 Bahu [shoulder]

9.2.4 Dengan lutut [knee kick]

9.2.5 Badek [outside kick]

9.2.6 Sepak sila menyilang [cross jump kick]

9.2.7 Sepakan dari belakang [behind kick]

9.2.8 Sepak kuda [front kick]

9.3 Pasukan yang memungut mata terbanyak di kira sebagai pemenang.

9.4 Sekiranya terdapat persamaan dalam pungutan mata, pemenang akan ditentukan pada pusingan Tie Break. Pengadil Rasmi akan melakukan undian, pasukan yang memenangi undian akan memlakan permainan. Setiap pasukan di beri 5 minit dengan peraturan yang sama, jika pungutan mata masih sama setiap pasukan akan memulakan Tie Break sehingga pemenang di perolehi.


10. PENGADIL


10.1 Pertandingan ini akan diadili oleh Pengadil berikut:-

10.1.1 1 - Pengadil Rasmi
10.1.2 4 - Pengadil

11. TUGAS- TUGAS PENGADIL.

11.1 Terdapat 4 orang Pengadil bertugas, Pengadil, Pengadil Mata, Pengadil Pengawas Kiraan Mata, Pengadil Penjaga Masa, Pengadil Pengumum Mata

PENGADIL:-

11.1.1 Pengadil akan ditempatkan di luar gelanggang, memerhati sessi warm up dan pertandingan supaya berjalan lancar dan bertanggungjawab kepada perkara berikut:-

11.1.2 Memastikan semua pemain tidak memakai sebarang hiasan seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya.

11.1.3 Memberi isyarat untuk permulaan dan tamat ’warm up’ dan pertandingan.

11.1.4 Memerhati perkara-perkara batal.


11.1.5 Memastikan pemain yang mengeluarkan bola samasa permainan melakukan lambungan untuk meneruskan permainan.

11.1.6 Hentikan permainan atas sebab kecederaan atau gangguan semasa permainan.

11.1.7 Menghukum dengan mengeluarkan kad merah/kuning kepada pemain yang melanggar peraturan seperti di para 15.

11.1.8 Satelah tamat permainan, Pengadil akan mengarahkan pasukan berbaris dihadapan meja Pengadil untuk mengumumkan jumlah mata yang di perolehi dari Pengadil Penjaga Mata.

11.1.9 Bagi memastikan mata diberi apabila hoop telah berada pada tahap ketinggian yang betul.

11.2. PENGADIL PENJAGA MATA

11.2.1 Pengadil Penjaga Mata akan berada di meja pengadil yang di sediakan.

11.2.2 Akan mengawasi, mencatitkan mata dan aksi ( style ) yang digunakan pada kertas hitungan mata bagi setiap pemain.

11.2.3 Akan memberitahu mata pada penjaga papan mata setiap kali mata diperolehi.

11.3. PENGADIL PENJAGA MASA

11.3.1 Pengadil Penjaga Masa akan berada di meja pengadil yang di sediakan.

11.3.2 Meniup wisel dan menjaga masa untuk permulaan dan tamat permainan.
11.3.3 Memberhentikan masa apabila Pengadil meminta untuk teknikal time out seprti di para 11.1.6

11.3.4 Memasukkan mata pada papan mata electronik ( jika ada ) selepas penguguman dibuat oleh Pengadil Penjaga Mata.

11.3.5 Memastikan hoop berada di ketinggian yang ditetapkan.


11.4. PENGADIL PENGUMUM MATA

11.4.1 Pengadil Pengumum Mata akan berada di meja pengadil yang di sediakan.

11.4.2 Apabila pasukan berjaya mendapat mata, Pengadil Pengumum Mata
akan mengumumkan bermula dari No.Jersi, kali ke berapa dan jenis aksi ( style ). Contoh: Pemain No 2 , kali pertama, dengan kepala.

11.4.3 Apabila mata diperolehi akan tetapi melebihi 3 kali aksi (style) maka Pengadil Pengumum Mata akan mengumumkan bermula dari No. Jersi, kali ke berapa dan jenis aksi ( style ) ’ TIADA MATA ’. Contoh: Pemain No 2, kali ke empat, dengan kepala ’ TIADA MATA ’.

11.4.4 Pengutip bola akan berada di luar kawasan permainan untuk mengutip bola yang terkeluar jauh. Bola tersebut akan di kembalikan ke meja Pengadil.

11.4.5 Penjaga Hoop bertanggungjawab untuk menaik dan menurunkan Hoop
sepanjang Pasukannya bermain. Ia akan berada di sebelah Meja Pengadil bersebelahan dengan Pengadil Penjaga Masa. Penjaga Hoop harus memastikan Hoop dinaikkan ke ketinggian yang di tetapkan atau pada tanda yang dilekatkan pada tali.

12. HUKUMAN

12.1 Jika terdapat pemain dengan sengaja memegang / menyentuh / menahan bola dengan tangan semasa dalam permainan, Kad Kuning hendaklah dikenakan kepada pemain tersebut oleh Pengadil yang bertugas. Jikalau pemain yang sama masih melakukan kesalahan yang sama maka Kad Merah hendaklah dikenakan dengan segera kepada pemain tersebut oleh Pengadil yang bertugas.

12.2 Jikalau ada pemain di kenakan Kad Merah maka permainan akan dihentikan dan tidak boleh membuat pertukaran pemain. Keputusan Mata akan diperolehi dari masa mula hingga insiden yang berlaku.

13. UMUM

Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.



PINDAAN DILULUSKAN


Undang-undang Permainan ini telah dipinda dan dipersetujui oleh Kongres ISTAF pada 2hb July 2007 bertempat di Bangkok, Thailand.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW (DOUBLE)

UNDANG UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW DOUBLE

1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang 13.40m x 6.10m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang.

1.3 Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

1.4 Garisan Tengah.

Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.


2. TIANG

2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04m.

2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m - 0.08m.

3.2 Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m selari dengan garisan tengah gelanggang.

3.3 Di kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas kebawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatas paras tiang.

3.5 Ketinggian jaring dibahagian tepi setelah diregang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ), manakala dibahagian tengah jaring 1.52m ( 1.42m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.

4. BOLA TAKRAW

4.1 Bola takraw hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari satu lapis fiber sintetik.

4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

4.2.1 Mempunyai 12 lubang.

4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41m hingga 0.43m untuk pemain lelaki dan 0.42m hingga 0.44m untuk pemain wanita.

4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm untuk pemain lelaki dan 150gm hingga 160gm untuk pemain wanita.

4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana-mana kejohanan antarabangsa.

4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF
termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.


5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Sukan ini di mainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 2 orang pemain sahaja.

5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di luar garisan belakang gelanggang semasa permainan dimulakan ialah “Tekong” yang akan melambungkan bola dan menyepak sendiri (self service).

5.3 Manakala seorang pemain yang juga dikenali sebagai tekong alternatif (Alternatif Tekong ) hendaklah berada di dalam kawasan gelanggang sendiri.

5.4 Kejohanan Berpasukan.

5.4.1 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 6 orang pemain dan maksimum 9 pemain yang harus di daftar ( 3 regu bersamaan 6 orang pemain dan 3 orang pemain simpanan ) yang disenaraikan di dalam Borang Hitungan Mata.

5.4.2 6 orang pemain mestilah berada di dalam gelanggang semasa pertandingan dijalankan.

Mana - mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 6 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan ini dan dianggap kalah.


5.5 Kejohanan Antara Regu.

5.5.1 Setiap pasukan hendaklah mempunyai 3 orang pemain ( 2 orang pemain dan 1 orang pemain simpanan ) yang disenaraikan di dalam Borang Hitungan Mata.

5.5.2 2 orang pemain mestilah berada di dalam gelanggang semasa pertandingan di jalankan.

5.5.3 Mana-mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 2 orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan ini dan di anggap kalah.


6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan kepada pemain adalah dilarang sama sekali.

6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan.

6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan kedalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.

6.5 Semua Jersi / T-shirt hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Cuma nombor 01 hingga 15 boleh digunakan dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran 10cm di bahagian depan ( Bahagian tengah dada ).

6.6 Ketua regu hendaklah memakai ‘Arm Band’ di lengan kiri.

6.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai specifikasi yang dinyatakan didalam Undang – Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Teknikal ISTAF terlebih.


7. GANTIAN PEMAIN

7.1 Setiap regu di dalam pertandingan Antara Regu, dibolehkan tiada pemain simpanan atau seorang sahaja pemain simpanan. Pertukaran pemain dibenarkan pada bila-bila masa yang di minta oleh Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak didalam permainan dengan mengangkat playcard. Pertukaran pemain dibenarkan 2 kali sahaja dalam satu pusingan.

7.2 Jika berlaku kecederaan kepada mana-mana pemain dan pertukaran pemain telah dilakukan sebanyak dua kali maka maka permainan tidak diterus-kan dan regu tersebut dianggap kalah.

7.3 Mana – mana regu yang kurang dari 2 orang pemain, tidak dibenarkan meneruskan permainan dan di anggap kalah.


8. UNDIAN DAN WARM UP


8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian boleh memilih untuk Sepak Mula atau Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah mematuhi dengan keputusan.

8.2 Regu memenangi undian akan memulakan ‘Warm-Up’ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 3 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.


9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

9.1 Semasa permainan akan bermula, semua pemain mestilah berada di posisi masing-masing dalam keadaan bersedia.

9.2 Tekong hendaklah berdiri dibelakang, garisan belakang gelanggang. Tekong sendiri akan melambong bola takraw untuk melakukan sepak mula.

9.3 Manakala pemain yang satu lagi boleh berdiri tidak bergerak dan berada dimana – mana didalam gelanggang sendiri semasa sepak mula dilakukan oleh Tekong.

9.4 Pemain regu lawan bebas berada dimana–mana kawasan didalam petak gelanggang mereka.


10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.

10.1 Regu yang memenangi undian akan melakukan sepak mula pada pusingan pertama. Regu meenangi pusingan pertama akan melakukan sepak mula pada pusingan kedua.

10.2 Sepakan hendaklah dilakukan oleh Tekong dengan melambung sendiri bola, setelah Pengadil mengumumkan mata. Sepakan akan di ulang semula sekiranya Tekong membuat sepakkan sebelum Pengadil mengumumkan mata dan amaran lisan diberi sekali sahaja kepada pemain tersebut. Dan kesalahan berikutnya adalah batal.

10.3 Sebaik sahaja Tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam gelanggang masing-masing.

10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh didalam gelanggang pasukan lawan.

10.5 Posisi Tekong bergilir-gilir antara kedua pemain untuk membuat sepak mula dan mendapat mata sehingga berlaku tukar sepak.

10.6 Dalam pertandingan kalah mati, regu ketiga tidak perlu dimainkan jika keputusan kemenangan telah diperolehi.

10.7 Dalam pertandingan liga, regu ketiga hendaklah dimainkan, pasukan yang gagal bermain untuk regu ketiga dianggap memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan dan maksimum 21 mata setiap set akan diberikan kepada pasukan lawan.


11. PERKARA-PERKARA BATAL

11.1 Pihak Sepak Mula

11.1.1 Tekong memain-mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain - lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

11.1.2 Pemain yang satu lagi bergerak dari posisinya semasa Tekong melakukan sepak mula.

11.1.3 Tekong melompat atau lain - lain bahagian anggota badan menyentuh atau melepasi garisan belakang gelanggang semasa membuat sepak mula.

11.1.4 Tekong tidak menyepak bola yang dilambungnya sendiri.

11.1.5 Bola menyentuh pemainnya sebelum melintasi gelanggang sendiri.

11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

11.1.8 Tangan Tekong menyentuh dahulu lantai gelanggang bagi membantu pergerakkan kaki untuk membuat sepak mula.

11.1.9 Tekong melakukan sepak mula sebelum Pengadil mengumumkan mata untuk kali kedua dan seterusnya.


11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

11.2.1 Melakukan tingkah - laku yang boleh menganggu atau membuat bising atau menengking pihak lawan.



11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

11.3.1 Memijak garisan tengah gelanggang ( kecuali ’Follow through selepas melakukan rejaman atau hadangan.

11.3.2 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang lawan.

11.3.3 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa ‘follow- through’.

11.3.4 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

11.3.5 Bola menyentuh tangan.

11.3.6 Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan antara kedua - dua paha / kaki atau badan.

11.3.7 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.

11.3.8 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

11.3.9 Pemain yang menggunakan peralatan atau objek yang boleh membantu membuat sepakan.


12. SISTEM KIRAAN MATA

12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan dan melakukan sepak mula seterusnya, jika pemain satu menjadi tekong untuk sepak mula maka pemain dua akan melakukan sepak mula seterusnya.

12.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap pusingan ialah 21 mata, tetapi sekiranya mata berada kiraan 20-20, tambahan 5 mata diberi menjadi 25 mata. Mana- mana regu mendahului 2 dan 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.


12.3 Permainan dimainkan dalam 2 pusingan dengan 2 minit rehat diantaranya.

12.4 Jika masing-masing regu memenangi 1 pusingan, permainan akan ditentukan didalam pusingan ketiga yang dinamakan pusingan ‘tie-break’ dengan 15 mata. Sekiranya kiraan mata berada pada 14-14, tambahan 3 mata diberi menjadikan 17 mata. Mana - mana regu mendahului 2 atau 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.

12.5 Sebelum pusingan ‘tie – break’ bermula, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian akan melakukan sepak mula. Tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendahului kiraan mata 8.


13. REHAT (TIME-OUT)

13.1 Satu minit rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana- mana regu mendahului mata 11. Semasa pusingan ’Tie Break’waktu rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana-mana regu mendahului mata 8, dan cuma 4 orang sahaja dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang.

13.2 4 orang iaitu 2 pemain dan dua yang lain berpakain kemas serta berlainan daripada pemain.


14. PERMAINAN TERGENDALA

14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak melebihi 5 minit.

14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain seperti diperaturan No. 7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.

14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh menhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.

14.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.


15. TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.

15.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat dan Pengadil hendaklah menerangkan terhadap keputusan yang telah dibuatnya.

15.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai di larang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh diambil terhadap pegawai berkenaan.


16. HUKUMAN

16.1 Kesalahan - kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad kuning’ jika melakukan kesalahan berikut:-

16.1.1 Tidak menunjukan semangat kesukanan dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejajaskan keseluruhan pertandingan.

16.1.2 Menunjuk atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain, pegawai atau penonton.

16.1.3 Kekerapan melanggar Undang-Undang Permainan dan Peraturan pertandingan.

16.1.4 Melambat – lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh Pengadil.

16.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah keputusan Pengadil.

16.2 Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad merah’ jika melakukan kesalahan berikut:-

16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran oleh pengadil.

16.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak lawan, pegawai dan penonton.

16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.

16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.

16.2.5 Menerima kad kuning kedua pada perlawanan yang sama.


16.3 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang diatas kesalahan yang dilakukan di para 17.2 hukuman yang diberi oleh Pengadil adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:

16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman :
Amaran Biasa

16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain diperlawanan yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama.

Hukuman :
Di gantung satu perlawanan

16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu perlawanan di kejohanan yang sama.

Hukuman :
(i) Di gantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang terlibat ).

16.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua perlawanan di kejohanan yang sama.

Hukuman :
Digantung serta-merta dari bermain perlawanan seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.



16.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning Dalam perlawanan yang sama.

Hukuman :
(i) Di gantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / kelab yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah diatas kesalahan disiplin ketiga dalam
mana-mana perlawanan di kejohanan yang sama.

16.4 Mana-mana
pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama
ada kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana-mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin berikut akan di ambil:-

16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah

Hukuman : Di gantung serta-merta daripada bermain dalam mana-mana
perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.


17. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

17.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan di jalankan sama ada didalam atau diluar gelanggang.

17.2 Mana - mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan di iringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil Rasmi akan memberhentikan pertandingan serta merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memberi isyarat meneruskan pertandingan.


18. UMUM

18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.

PINDAAN DILULUSKAN


Undang-undang Permainan ini telah dipinda dan dipersetujui oleh Kongres ISTAF pada 2hb July 2007 bertempat di Bangkok, Thailand.

Wednesday, November 28, 2007

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAKTAKRAW

1. GELANGGANG

1.1 Luas gelanggang 13.40m x 6.10m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.

1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

1.3 Garisan Tengah.

Garisan tengah selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

1.4 Garisan Suku Bulatan.

Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.

1.5 Bulatan Sepak Mula.

Bulatan sepak mula berjejari 0.3m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah di ukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3m.


2. TIANG

2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita ) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04m.

2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

3. JARING

3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06m - 0.08m.

3.2 Lebar jaring adalah 0.7m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10m selari dengan garisan tengah gelanggang.

3.3 Di kedua-dua hujung jaring di lekatkan pita 0.05m sebagai sempadan dari atas kebawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi.

3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatas paras tiang.

3.5 Ketinggian jaring dibahagian tepi setelah diregang ialah 1.55m ( 1.45m untuk wanita), manakala dibahagian tengah jaring 1.52m ( 1.42m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.


4. BOLA TAKRAW

4.1 Bola takraw hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat dari satu lapis fiber sintetik.

4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-

4.2.1 Mempunyai 12 lubang.

4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang.

4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41m hingga 0.43m

untuk pemain lelaki dan 0.42m hingga 0.44m untuk pemain
wanita.

4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan diantara 170gm hingga 180gm

untuk pemain lelaki dan 150gm hingga 160gm untuk pemain
wanita.

4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.

4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan dari ISTAF sebelum dimainkan di mana - mana kejohanan antarabangsa.

4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.


5. PEMAIN-PEMAIN

5.1 Sukan ini di mainkan oleh 2 regu yang mana setiap regu mempunyai 3 orang pemain sahaja.

5.2 Salah seorang daripada pemain hendaklah berada di belakang yang dinamakan “Tekong”.

5.3 Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan “Apit Kiri” manakala yang berada di sebelah kanan di namakan “Apit Kanan”

5.4 Kejohanan Berpasukan

5.4.1 Setiap pasukan hendaklah mempunyai minimum 9 orang
pemain ( 3 regu dimana 3 orang pemain setiap regu ) dan maksimum 15 orang pemain, akan tetapi cuma 12 orang pemain didaftarkan untuk setiap perlawanan.

5.4.2 9 orang pemain mestilah berada digelanggang semasa
pertandingan dijalankan.

5.4.3 Mana - mana pasukan yang pemainnya kurang daripada 9
orang, tidak dibenarkan bermain di kejohanan ini dan dianggap kalah.

5.5 Kejohanan Antara Regu

5.5.1 Setiap regu hendaklah mempunyai minimum 3 orang pemain dan
maksimum 5 orang pemain ( 1 regu mempunyai 3 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan ) kesemua mesti didaftarkan.

5.5.2 3 orang pemain mestilah berada digelanggang semasa
pertandingan dijalankan.

5.5.3 Mana-mana regu yang pemainnya kurang daripada 3 orang,
tidak dibenarkan bermain di kejohanan ini dan dianggap kalah.

6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN

6.1 Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan kepada pemain adalah dilarang sama sekali.

6.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan

6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.

6.4 Pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi / T-Shirt hendaklah dimasukkan kedalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.

6.5 Semua Jersi / T-shirt hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Cuma nombor 01 hingga 15 boleh digunakan dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran 10cm di bahagian depan ( Bahagian tengah dada ).

6.6 Ketua regu hendaklah memakai ‘Arm Band’ di lengan kiri.

6.7 Mana - mana pakaian yang tidak mempunyai specifikasi yang dinyatakan didalam Undang - Undang Permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan dari pihak Teknikal ISTAF terlebih.


7. GANTIAN PEMAIN

7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain didalam pertandingan yang sama.

7.2 Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak didalam permainan.

7.3 Setiap regu boleh tidak menamakan pemain simpanan atau menamakan 2 orang pemain simpanan tetapi dibenarkan membuat satu pertukaran sahaja.

7.4 Mana-mana regu dibenarkan mambuat pertukaran pemain oleh kerana kecederaan pemainnya sekiranya para 7.2 belum dilakukan. Jika para 7.2 telah dilakukan maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.

7.5 Mana-mana regu mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah, melainkan pemain diperintah keluar gelanggang maka regu tersebut dibenarkan meneruskan perlawanan tanpa melakukan pertukaran pemain.


8. UNDIAN DAN WARM-UP

8.1 Sebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian dan regu yangmemenangi undian boleh memilih untuk Sepak Mula atau Petak gelanggang. Regu yang kalah undian hendaklah mematuhi dengan keputusan.

8.2 Regu memenangi undian akan memulakan ‘Warm-Up’ selama 2 minit dan diikuti oleh regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.


9. KEDUDUKAN PEMAIN SEMASA SEPAK MULA

9.1 Apabila permainan hendak dimulakan, semua pemain mestilah berada dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.

9.2 Tekong yang membuat sepak mula hendaklah sebelah kakinya berada didalam bulatan sepak mula. Sebelah lagi kakinya mestilah berada diluar bulatan sepak mula untuk menyepak bola.

9.3 Kedua-dua apit bagi regu yang membuat sepak mula mestilah berada didalam suku bulatan masing-masing.

9.4 Pemain regu lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam petak gelanggangnya.

10. PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA.

10.1 Regu yang memilih sepak mula, memulakan permainan pusingan pertama. Selepas tamat usingan pertama, kedua – dua regu hendaklah menukar petak gelanggang untuk memulakan pusingan kedua.


10.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah pengadil mengumum-kan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumum-kan mata, campakan semula hendaklah di lakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi Pengadil kepada pemain tersebut. Jika masih melakukan kesalahan yang sama maka dianggap batal.

10.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak didalam gelanggang masing-masing.


10.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh didalam gelanggang pasukan lawan.

10.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, tidak perlu memainkan regu ketiga jika keputusan telah diperolehi.

10.6 Dalam pertandingan sistem liga, pasukan hendaklah bermain ketiga-tiga regu, pasukan yang tidak dapat bermain bagi regu ketiga memberi kemenangan percuma dan 21 mata bagi setiap set kepada pihak lawan.


11. PERKARA-PERKARA BATAL

11.1 Pihak Sepak Mula

11.1.1 Apit yang membuat campakan, memain - mainkan bola
( menghempas, mencampak dan lain - lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.

11.1.2 Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan
tengah atau menyentuh jaring semasa membuat campakan.

11.1.3 Tekong melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki
memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.

11.1.4 Tekong tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya

11.1.5 Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum
melepasi kegelanggang lawan.

11.1.6 Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang.

11.1.7 Bola tidak melepasi gelanggang lawan.

11.1.8 Tekong menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan
sama ada dengan sengaja atau tidak menyentuh lantai bagi tujuan membantu melakukan sepak mula.

11.1.9 Apit yang membuat campakan, mecampakkan bola sebelum
Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.


11.2 Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

11.2.1 Melakukan tingkah - laku yang boleh menganggu atau membuat
bising atau menengking pihak lawan


11.3 Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

11.3.1 Pemain memijak garisan tengah ( kecuali semasa ‘follow
Through selepas melakukan rejaman atau hadangan )

11.3.2 Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan gelanggang
lawan.

11.3.3 Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan
gelanggang lawan sama ada diatas atau dibawah jaring kecuali semasa ‘follow –through’.

11.3.4 Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan.

11.3.5 Bola menyentuh tangan.

11.3.6 Memberhentikan atau mengepit bola dibawah tangan / lengan
antara kedua - dua paha / kaki atau badan.

11.3.7 Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi,
pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.

11.3.8 Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.

11.3.9 Mana - mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi
membantu melakukan sepakkan.


12. SISTEM KIRAAN MATA

12.1 Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan dan melakukan sepak mula seterusnya.

12.2 Mata kemenangan maksima untuk setiap pusingan ialah 21 mata, tetapi sekiranya mata berada kiraan 20-20, tambahan 5 mata diberi menjadi 25 mata. Mana- mana regu mendahului 2 dan 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.

12.3 Permainan dimainkan dalam 2 pusingan dengan 2 minit rehat
diantaranya.

12.4 Jika masing-masing regu memenangi 1 pusingan, permainan akan di tentukan didalam pusingan ketiga yang dinamakan pusingan ‘tie-break’ dengan 15 mata. Sekiranya kiraan mata berada pada 4-14, tambahan 3 mata diberi menjadikan 17 mata. Mana - mana regu mendahului 2 atau 1 mata dari pihak lawan dikira sebagai pemenang.

12.5 Sebelum pusingan ‘tie – break’ bermula, Pengadil akan membuat undian dan regu yang memenangi undian akan melakukan sepak mula. Tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendahului kiraan mata 8.

13. REHAT (TIME-OUT)

13.1 Satu minit rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana- mana regu mendahului mata 11. Semasa pusingan ’Tie Break’waktu rehat akan diberi kepada kedua-dua regu apabila mana-mana regu mendahului mata 8, dan cuma 5 orang sahaja dibenarkan berada dibelakang garisan gelanggang.

13.2 5 orang iaitu 3 pemain dan dua yang lain berpakain kemas serta berlainan daripada pemain.


14. PERMAINAN TERGENDALA

14.1 Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, ganggauan atau pemain tercedera dan memrlukan rawatan segera tidak melebihi 5 minit untuk setiap regu.

14.2 Pemain yang tercedera dibenarkan berehat dan menerima rawatan sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tidak berupaya bermain, gantian pemain mestilah dibuat. Jika regu ini telah membuat pertukaran pemain seperti diperaturan No.7, maka regu lawan akan dikira sebagai pemenang.

14.3 Cuma Pengadil Rasmi sahaja boleh menhentikan perlawanan apabila berlaku gangguan atau halangan dengan kebenaran Jawatankuasa Pertandingan.

14.4 Semasa tempoh permainan diberhentikan semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang untuk minum atau mendapat tunjuk ajar.


15. TATATERTIB ( DISIPLIN)

15.1 Semua pemain mestilah mematuhi Undang -Undang Permainan.

15.2 Hanya Ketua Regu sahaja dibenarkan berjumpa Pengadil jika ada sebarang pertanyaan atau inginkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat oleh Pengadil.

15.3 Pengurus / Jurulatih Rasmi dan Pegawai di larang membantah keputusan Pengadil semasa pertandingan sedang berjalan. Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan. Tindakan disiplin boleh di ambil terhadap pegawai berkenaan.


16. HUKUMAN

16.1 Kesalahan - kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad kuning’ jika melakukan kesalahan berikut:-

16.1.1 Tidak menunjukan semangat kesukanan dan melakukan perkara-
perkara yang bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejajaskan keseluruhan pertandingan.

16.1.2 Memaki atau mengeluarkan kata - kata kesat kepada pegawai
atau penonton.

16.1.3 Kekerapan melanggar Undang - Undang Permainan dan
Peraturan pertandingan.

16.1.4 Melambat - lambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh
Pengadil.

16.1.5 Masuk keluar gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.1.6 Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana bantah
keputusan Pengadil.

16.2 Kesalahan-kesalahan yang perlu dihukum, pemain boleh diberi ‘kad merah’ jika melakukan kesalahan berikut:-

16.2.1 Masih berdegil dan berkelakuan buruk setelah diberi amaran
oleh pengadil.

16.2.2 Berkelakuan ganas dengan niat untuk mencederakan pihak
lawan, pegawai dan penonton.

16.2.3 Meludah kepada pihak lawan, pegawai dan penonton.

16.2.4 Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan,
pegawai dan penonton.

16.3 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang diatas kesalahan yang dilakukan di para 17.2 hukuman yang diberi oleh Pengadil adalah merupakan tindakan disiplin yang perlu diterima oleh semua pihak:

16.3.1 Kesalahan : Kad Kuning Pertama

Hukuman :
Amaran Biasa

16.3.2 Kesalahan : Kad Kuning Kedua diterima oleh pemain di perla
wanan yang lain tetapi didalam kejohanan yang sama.

Hukuman :
Di gantung satu perlawanan

16.3.3 Kesalahan : Kad Kuning Ketiga diterima setelah digantung satu
perlawanan dikejohanan yang sama.

Hukuman :
(i) Di gantung 2 perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab yang
terlibat).


16.3.4 Kesalahan : Kad Kuning Keempat diterima setelah digantung dua
perlawanan di kejohanan yang sama.


Hukuman :
Digantung serta - merta dari bermain perlawanan
seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.

16.3.5 Kesalahan : Pemain menerima 2 Kad Kuning Dalam perlawanan
yang sama.

Hukuman :
(i) Di gantung dua perlawanan.
(ii) Denda US $100 ( dibayar oleh Persatuan / Kelab
yang terlibat )
(iii) Diberi Kad Merah diatas kesalahan disiplin ketiga
dalam mana - mana perlawanan di kejohanan yang sama.

16.4 Mana - mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil sama ada kesalahan didalam atau diluar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan sepasukan, Pengadil, Pembantu Pengadil, Pengadil Garisan atau mana- mana pegawai: Kad Merah akan diberi diatas tindakan disiplin yang perlu diterima dan akur.

16.4.1 Kesalahan : Menerima Kad Merah

Hukuman :
Di gantung serta-merta daripada bermain dalam
mana-mana perlawanan sehingga Lembaga Disiplin membuat keputusan.


17. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN

17.1 Tindakan perlu diambil terhadap Pegawai - Pegawai Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan di jalankan sama ada didalam atau diluar gelanggang.

17.2 Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan menganggu kelancaran pertandingan akan di iringi keluar oleh Pegawai Pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan pertandingan serta - merta sehingga Pegawai Pertandingan atau Lembaga Disiplin Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memberi isyarat meneruskan pertandingan.


18. UMUM

18.1 Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk didalam Undang-Undang Permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.

PINDAAN DILULUSKAN


Undang-undang Permainan ini telah dipinda dan dipersetujui oleh Kongres ISTAF pada 2hb July 2007 bertempat di Bangkok, Thailand.